SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Danau Perdana telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Semasa awal penubuhan sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Desa dan bersekolah pada sesi petang.

Pada bulan Januari 2003, Sekolah Kebangsaan Danau Perdana telah berpindah ke bangunan sendiri iaitu terletak di Jalan 1/109 F Taman Desa, Off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur dan menjalankan sesi persekolahan pada sebelah pagi. Pada masa itu, bilangan murid adalah seramai 265 orang dengan purata seramai 29 orang untuk satu kelas. Bilangan bilik darjah ialah sebanyak 9 kelas dengan tenaga pengajar hanya seramai 18 orang.

Guru Besar yang pertama ialah Puan Hajah Siti Rabiah bt Haji Abd. Wahab. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama satu tahun tujuh bulan sebelum bersara wajib. Beliau telah diganti oleh Encik Mukhtar bin Ibrahim bermula pada 10.12.2003 sehingga beliau bersara awal pada 21 Jun 2005. Tempat beliau telah diganti oleh Puan Chai Bee Hoon yang telah berkhidmat selama 10 bulan sebelum ditukar ke Sekolah Kebangsaan St. Mary , Kuala Lumpur. Guru Besar yang baru ialah Puan Che Norizam bt Abdullah yang mula bertugas pada 1 Julai 2006.

Terdapat kemudahan seperti Makmal Komputer, bilik-bilik khas dan Program khas iaitu kelas pemulihan semasa awal penubuhannya. Perintis pertama murid yang menduduki UPSR ialah pada 2004. Sekolah ini telah mencapai kejayaan dalam banyak pertandingan samada peringkat zon atau negeri. Antara kejayaan yang memberangsangkan ialah Naib Johan Pertandingan Eureka Peringkat Negeri 2006 dan Johan Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Inggeris Peringkat Negeri 2007.

Pada akhir tahun 2004, berlaku satu keadaan diluar jangkaan iaitu keretakan pada sebahagian dinding blok bangunan. Demi keselamatan warga sekolah, pihak Kementerian Pelajaran telah mengarahkan sekolah ini dikosongkan dan berpindah sementara menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Desa bermula awal Januari 2005 sehingga bangunan baru akan didirikan di tapak baru bersebelahan dengan Sekolah Menengah Desa Perdana dengan nama baru Sekolah Kebangsaan Desa Perdana yang dijangka siap pada akhir tahun 2008.

VISI

Visi merupakan satu imej dalam pemikiran tentang apa yang boleh dan mungkin akan berlaku pada masa depan bagi sesebuah organisasi. Ia menekankan perhubunganantara apa yang diperlukan dan matlamat yang telah ditentukan sebagai jalan untuk mencapai kejayaan. Penyataannya haruslah ringkas dan mengandungi falsafah amalan professional di dalam sesebuah organisasi .Visi mestilah jelas , mudah difahami dan dikongsi oleh semua. Ia adalah asas kepada kejayaan sesebuah organisasi. Oleh sebab budaya sesebuah organisasi itu berbentuk tersendiri, maka visi SK Danau Perdana juga bersifat tersendiri dan unik.

MELAHIRKAN GENERASI YANG BERWAWASAN KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK , KO-KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MENJELANG TAHUN 2010

MISI

Misi memberi pertimbangan yang jelas tentang hala tuju. Ia merupakan cara membentuk rancangan operasi, objektif atau sasaran yang harus ditangani oleh semua anggota organisasi. Penyataan misi sesebuah organisasi akan menjadi rangka kerja yang membolehkan visi menjadi kenyataan. Ia menerangkan bagaimana sesuatu organisasi memilih cara untuk menjalankan aktivitinya. Bagi SK Danau Perdana perlaksanaan misinya adalah bergantung kepada kuasa Guru Besar dalam membuat keputusan, bilangan warga organisasi yang perlu diurus, peranan seluruh staf organisasi, budaya kerja mereka dan kepada siapa perkhidmatan itu di sediakan serta bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.

SK Danau Perdana berusaha menjadi salah sebuah sekolah yang popular yang menjadi pilihan ibu bapa. Warga SK Danau Perdana sangat komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan disamping menyediakan pendidikan yang berkualiti, sistematik dan efisien, mementingkan keselamatan pelajar , pemupukan sahsiah dan budaya kerja berteraskan nilai murni kepada seluruh warga sekolah.

MEWUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI, SISTEMATIK, EFISYEN DAN BERKUALITI DI SAMPING AMALAN BUDAYA KERJA BERTERASKAN NILAI-NILAI MURNI.

MOTO SEKOLAH

Melambangkan hasrat sekolah untuk mendidik dan membimbing anak watan supaya menjadi insan yang berilmu serta dapat mengaplikasikannya bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

BERILMU , BERMOTIVASI, BERINOVASI

PIAGAM PERLEMBAGAAN

Secara keseluruhannya jentera pendidikan SK Danau Perdana telah menyuarakan komitmen dan tekad mereka melalui Piagam Pelanggan Sekolah yang bernas bagi memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh kepada pelanggan demi mengaspirasikan cita-cita negara.

Bahawa Kami Warga SK Danau Perdana komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

MURID.

Murid menerima pendidikan yang berkualiti.
Mendapat layanan yang mesra, adil dan kemudahan yang memuaskan.
Memastikan murid Tahap 2 berpeluang menyertai kegiatan ko-kurikulum.
Menghayati dan mengamalkan nilai murni.
Mendidik murid menjadi insan berkualiti mulia.

GURU DAN KAKITANGAN

Setiap guru dan kakitangan akan mengikuti kursus sekurang-kurangnya 3 kali setahun
Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.
Mendapat segala kemudahan mengikut keperluan.
Memberi peluang meningkatkan mutu profesionalisme staf.

WARIS.

Memastikan waris yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 15 minit.
Pandangan waris dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
Mempunyai hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa.
Tiada halangan birokrasi untuk bertemu guru besar.

STAKE HOLDER

Memastikan setiap arahan dan permohonan dari JPWP diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.

LOGO SEKOLAH

logosekolah.jpg

LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah menjadi kebanggaan dan mencerminkan identiti warganya. Lagu sekolah seringkali dihayati dan dinyanyikan dengan penuh semangat pada setiap perhimpunan harian dan perhimpunan rasmi sekolah.

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU PERDANA

Menuju ke arah Kecemerlangan

Pendidikan dan juga kesukanan

Akhlak Yang Mulia diutamakan

Visi Kita Semua

Sekolah Kebangsaan Danau Perdana

Indah Ceria Jadi Kebanggaan

Warganya Positif Berkarisma

Pasti Berjaya

Berilmu Tinggi, Bermotivasi

Juga Berinovasi

Harumlah nama sekolah ini

Selamanya Di Hati

SK Danau Perdana

Indah Ceria Sentiasa

SK Danau Perdana Ku

Maju Sentiasa

Maju Sentiasa

Ciptaan: ROSLI AHMAD, BTP,

DEMOGRAFI KOMUNITI

SK Danau Perdana terletak dalam kawasan perumahan Taman Desa Utama, bersebelahan dengan SMK Desa Perdana dan SMK Danau Perdana. Taman Desa Utama dikelilingi oleh beberapa buah kawasan perumahan yang lain. Pada awal tahun 2000 beberapa buah pangsapuri telah disiap dibina berhampiran dengan kawasan sekolah .Adalah dijangkakan akan berlaku pertambahan enrolmen murid SK Danau Perdana secara beransur-ansur. Majoriti penduduk di kawasan ini ialah kakitangan kerajaan ,pekerja swasta dan sebahagiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Taraf hidup mereka juga adalah sederhana dengan purata pendapatan antara RM600 hingga RM2000.

KEMUDAHAN FIZIKAL

SK Danau Perdana merupakan salah sebuah sekolah yang didirikan oleh pihak Kementerian bagi menampung perkembangan penduduk di sekitar Zon Bangsar. Walau pun masih menumpang, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk keperluan pembelajaran murid-murid. Terdapat satu tapak perhimpunan yang luas yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk menjalankan kegiatan Ko-Kurikulum ataupun Pelajaran Pendidikan Jasmani dan dua garaj kereta untuk pentadbir.

12 Respons bagi “SEKOLAH”

  1. user Says:

    how can i contact ur school.. any fon number????

  2. Cik Zu Says:

    Salam, boleh saya dapatkan alamat email/telefon number sekolah?Ini untuk promosi program Score A.

    Sekian terima kasih.

  3. wana Says:

    salam cikgu2, saya ader membuka laman web analisis peperiksaan dan aper yg saya lihat pada nama anak saya tidak ader markah paper BM and M3 sedangkan anak saya dtg utk ambil peperiksaan semasa ujian itu dijalankan…harap pihak sekolah dapat menelitikan kesilapan ni.

  4. http://www.anunciebarato.com.br/ Says:

    I’ve been exploring for a little bit for any high-quality articles or blog posts on this sort of space . Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this web site. Studying this info So i’m satisfied to exhibit
    that I’ve a very excellent uncanny feeling I came upon just what I needed. I such a lot undoubtedly will make sure to don?t disregard this website and provides it a look regularly. http://www.anunciebarato.com.br/ along with enhance your public existence.
    more twitter followers Cheapest Price ranges Finest Assistance.
    You could get more followers coming from numerous vendors at reasonably priced charges.

  5. twitter followers Says:

    This article will assist the internet users for setting up new
    webpage or even a weblog from start to end.

  6. get more followers on twitter Says:

    If you would like to take a good deal from this piece of writing then you have to apply
    these methods to your won webpage. get more followers on
    twitter and also rapidly for the Twitter Profile from finest Suppliers.

    buy twitter followers cheap 5k Top quality fans For
    jus $29. being unfaithful Conserve.

  7. buy youtube views Says:

    Woah! I’m really loving the template/theme of this site. It’s simple, yet effective.
    A lot of times it’s very difficult to get that “perfect balance” between user friendliness and visual
    appeal. I must say you’ve done a awesome job with this.

    In addition, the blog loads super fast for me on Internet explorer.

    Outstanding Blog! buy youtube views at a discount along with rapid, Come on views for ones report.

    buy youtube subscribers, choose the deal in which best fits your
    requirements.
    real youtube views about youtube Risk-free and Easy through the largest youtube
    endorsements lending institution.
    cheap youtube views, pick the package deal which best fits your needs.

  8. get more likes on facebook Says:

    Hello to every one, for the reason that I am actually
    keen of reading this weblog’s post to be updated regularly.
    It carries pleasant information. get more likes on facebook it will probably be an extremely wise financial commitment for ones organization.

    how to get more likes on facebook and also quick for the facebook Account from ideal
    Providers.
    you can certainly facebook advertising, Facebook fans/likes and also Vimeo opinions along with reviews.

    get more likes on facebook upon facebook to develop your admirers speedily.

  9. buying instagram followers Says:

    I am in fact grateful to the holder of this site who has
    shared this fantastic post at here. If you want to buying
    instagram followers be sure to keep your instagram account updated.

    buying instagram followers and also fast for your instagram Page coming from
    ideal Providers.
    getting prefers on instagram, you always can cheap instagram followers
    Buyers may buy more instagram followers by means of lots of cost-effective
    expert services.

  10. buy facebook fans Says:

    This is my first time go to see at here and i am in fact impressed to read everthing at one place.
    Have you ever quietly pondered tips on how to buy facebook fans
    in facebook?
    Maybe you have silently pondered the best way to buy facebook likes with facebook?

    how to get facebook likes, select the offer that best suits
    your requirements.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: