jump to navigation

HARI ANUGERAH CEMERLANG Februari 19, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008 SKDP

BUTIRANNYA SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 21 HB FEBRUARI 2009

HARI : SABTU

MASA : 8.30 HINGGA 12.30

TEMPAT : DEWAN SKDP

SEMUA IBUBAPA DAN PELAJAR YANG TERLIBAT DIHARAPKAN DAPAT HADIR UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS YANG PENUH DENGAN GILANG GEMILANG INI.

Cuti Tahun Baru Cina Januari 19, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Adalah dimaklumkan bahawa cuti untuk Tahun Baru Cina akan bermula dari 26hb Januari 2009 ( Isnin) hingga 3 Februari 2009 (Selasa). Diharapkan dengan cuti yang panjang ini semua warga SKDP dapat meluangkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Selamat Tahun Baru Cina dari semua Staf dan Guru SDKP.

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2009 Januari 15, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Mesyuarat PIBG kali pertama bagi tahun 2009 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh      : 17 Januari 2009

Hari          : Sabtu

Masa        : 11.30 pagi

Tempat   : Pusat Sumber SK Danau Perdana

Semua AJK yang dilantik, diharapkan dapat hadir bagi membincangkan isu-isu terkini bagi tahun ini. Harap maklum.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEM BESTARI SOLAT Januari 15, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Perasmian Kem Bestari Solat 2009 dan Program Kelas Tasmik Al-Quran 2009 untuk murid-murid muslim tahun 1,2,3 dan 4. Berikut adalah makluman lanjut program :

Tarikh : 17 Januari 2009 ( Sabtu )

Masa : 1.30 petang hingga 2.45 petang

Tempat : Dewan SK Danau Perdana

Semua murid yang terlibat diminta ambil perhatian.

BUKU Januari 6, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Kepada ibubapa warga skdp, buku-buku sekolah untuk anak-anak anda boleh didapati dikedai buku sekolah sekarang. Bagi mereka yang tidak mendapat buku teks sekolah (bagi warga negara sahaja) bolehlah berjumpa dengan Cikgu Sabariman untuk mendapatkannya.

Yuran Sekolah Januari 6, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Kepada semua ibubapa warga SKDP : Yuran untuk sesi ini 2009 tidak di tetapkan lagi buat masa ini, ini kerana pihak sekolah akan berbincang dengan AJK pibg sekolah untuk tetapkan jumlah yuran yang sepatutnya dijelaskan. Jadi setakat ini hanya perlu bayar insuran takaful sahaja dengan jumlah RM 1.50 sahaja, itu pun apabila pihak sekolah akan mengeluarkan surat untuk bayaran tersebut. Jadi sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak sekolah atau sila beri komen anda di sini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH Januari 6, 2009

Posted by danauperdana in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaikum kepada warga SKDP untuk sesi 2009, kami guru-guru dan staf SKDP ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi ini. Kami berharap agar semua warga SKDP datang dengan azam yang baru dalam mengharungi tahun baru 2009 ini. Kepada murid-murid lepasan SKDP, kami berdoa anda semua akan dapat menempuh kehidupan baru di sekolah yang baru dengan suasana yang baru. Semoga anda warga SKDP akan menjadi insan yang hari ini lebih baik daripada semalam. Salam Tahun Baru 2009.