jump to navigation

KURIKULUM

UJIAN PKSR 1

Ujian PKSR 1 akan bermula pada 25hb Mei hingga 28hb Mei 1009. Surat siaran juadual telah diberikan kepada semua warga SKDP. Diharap para ibubapa dapat memberikan perhatian kepada jadual tersebut.

Kepada semua warga SKDP diharap dapat mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru anda. Selamat maju jaya.

UJIAN TOPIKAL 1


UJIAN TOPIKAL 1 AKAN DIADAKAN PADA 23HB HINGGA 27HB FEBRUARI 2009. SEMUA WARGA SKDP DIHARAP MENGAMBIL PERHATIAN TERHADAP UJIAN INI.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008 SKDP

BUTIRANNYA SEPERTI BERIKUT :


TARIKH : 21 HB FEBRUARI 2009

HARI : SABTU

MASA : 8.30 HINGGA 12.30

TEMPAT : DEWAN SKDP

SEMUA IBUBAPA DAN PELAJAR YANG TERLIBAT DIHARAPKAN DAPAT HADIR UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS YANG PENUH DENGAN GILANG GEMILANG INI.


Komentar»

1. Mat - Mac 3, 2009

Saya dapati Ujian Topikal 1 yang baru lepas bagi pelajar Tahun 3 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Islam adalah kurang memenuhi kriteria ujian pemahaman bagi matapelajaran berkaitan. Ianya lebih kepada memenuhi keperluan cara menjawab mengikut kehendak pembuat soalan dan bukan menguji kefahaman pelajar. Saya percaya bukan tujuan pembuat soalan untuk merekacipta soalan yang tinggi mutu seni tetapi kurang ’substance’. Contohnya BI soalan D,manakala PI soalan D juga. Pelajar tidak perlu main ’snake and ladder’ untuk jawab ujian. Masa lebih baik ditumpu untuk jawab soalan secara ‘direct’.
Jika soalan sebegini adalah ‘typical’ untuk UPSR,pihak ibubapa perlu diberitahu supaya boleh beli ’snake and ladder’ dan sebagainya untuk persediaan peperiksaan nanti.
Walaubegitu saya ucapkan tahniah atas usaha dan hasil kerja sekolah dalam mendidik pelajarnya. Saya mengucapkan terima kasih.

2. danauperdana - Mac 6, 2009

Terima kasih atas keperihatinan En Mat. Perkara tersebut telah mendapat perhatian jawatankuasa kurikulum dan akan diberi perhatian dan tindakan.

3. ibuprihatin - April 8, 2009

salam,
Saya dapati latihan bertulis untuk murid-murid amatlah berkurangan. Sebagai contoh,latihan bertulis untuk Agama Islam tahun 3S hanya sehelai ( Januari – April) dan latihan Matematik kali terakhir diberikan pada 11.2.2009. Diharap pihak sekolah lebih prihatin terhadap perkara ini. Terima kasih

4. danauperdana - April 23, 2009

Terima kasih kepada ibuprihatin..perkara tersebut akan diberi perhatin dan akan dipanjangkan dalam mesyuarat guru. tq.

5. iz - Jun 2, 2009

Assalamualaikum,

Saya amat bersetuju dengan komen ibu prihatin. Memang betul. Bukan setakat Agama Islam aje ..kekadang lansung takda latihan yang diberi …bila anak ditanya …ada homework tak …jawapannya …cikgu meeting, cikgu tak ajar tapi suruh buat kerja sendiri, cikgu busy, cikgu masuk kelas dan letak kaki atas meja + tidur ..dan macam-macam jawapan yang keluar … pernah cikgu suruh buat kerja rumah dari m/s xx hingga xxx ..tanpa memberi tunjuk ajar …parents terpaksa menjadi guru di rumah (ikut pengajaran zaman tore) dan jika cara pengajaran yang di berikan oleh parents tak menepati citarasa guru ada lah pulak guru yang melenting. Kebanyakkan parents memang tidak suka apabila anak memberi jawapan dan alasan seperti diatas. Kalu seorang anak memberi jawapan diatas takpalah …ini semua generasi anak yang bersekolah di SKDP memberi jawapan yang sama… kalu camni ler …forever lah pencapaian sekolah tidak akan meningkat ..kekal dengan hanya 1 @ 2 orang sahaja setiap tahun mendapat 5A.

Kurangnya aktiviti kem motivasi untuk pejar tahap 2 dan juga utk pengawas sekolah. Kem motivasi boleh di anjurkan secara percuma oleh pihak BTN (Biro Tatanegara), pihak sekolah hanya perlu menyediakan murid sahaja ..yang lain akan di sediakan oleh BTN. MUngkin pihak PIBG sekolah boleh menganjurkan.

Di harap pihak sekolah lebih proaktif dan memandang serius dengan perkara ini. Di luar … nama SKDP memang sudah terkenal dengan sekolah yg mempunyai guru yang malas dan lembab.

6. danauperdana - Jun 15, 2009

pentadbir – Jun 14, 2009 [Edit]

Assalamualaikum,
Terima kasih atas teguran dan cadangan saudara/i iz.Walaubagaimanapun sebagai pentadbir saya mengalu-alukan kedatangan saudara/i iz ke sekolah untuk membincangkan masalah ini dengan lebih mendalam . Saya tak nafikan mungkin ada seorang guru yang bersikap demikian ttp tuduhan yg mengatakan keseluruhan guru SKDP bersikap sedemikian adalah amat tidak adil. Masih ramai guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga utk mengajar pelajar bagi mempastikankan mereka menjadi pelajar yang berjaya pada masa hadapan. Mungkin saudara/i iz patut bergerak aktif dalam PIBG supaya dpt menyumbang ide dan tenaga utk mencari dana PIBG bagi membantu sekolah membiayai kos utk mengadakan motivasi yg memakan belanja bukan sedikit. Utk maklumat saudara/i iz pihak sekolah telah mengadakan motivasi utk pelajarThn 5/6 sebanyak 3 kali utk tahun ini dan pelbagai lagi program bagi membantu murid-murid mendapat 5A dlm UPSR termasuk kelas tambahan secara percuma pada masa cuti sekolah.Walaubagaimana pun hanya sebilangan kecil murid yg hadir . Saya berharap ibubapa dpt membetulkan balik tanggapan guru SKDP adalah malas dan lembap kerana kerjasama antara guru dan ibubapa adalah penting bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar, Terima kasih.

iz - Jun 19, 2009

Waalaikumusalam,

Terimakasih di ucapkan kepada pihak pentadbir SKDP diatas keperihatinan dan maklumbalas yang di berikan. Bukan tujuan saya untuk mengatakan kesemua guru SKDP bersikap sebegitu … tetapi bak kata pepatah melayu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga…. Di harap pihak pentadbiran akan mengambil berat akan komen-komen yang di berikan.

Insyallah tahun depan jika di panjangkan umur dan jika anak saya masih lagi bersekolah di SKDP saya akan datang menghadiri mesyuarat PIBG dan sama-sama memberi idea bagi menaikkan lagi mutu tahap pembelajaran dan juga nama baik sekolah di mata masyarakat terutama di sekitar Taman Desa. Insyallah.

hans - Jun 24, 2009

salam,

Saya amat bersetuju dengan pandangan sestengah ibubapa yang mengatakan tiada kerja rumah yang di berikan kepada murid-murid. Begitu juga dengan latihan di sekolah/kelas. Ini kerana dari mula anak saya bersekolah di SKDP sehiingga sekarang, apabila akhir tahun, masih banyak buku tulis/latihan yang hanya di gunakan beberapa helai sahaja. Malah, ada juga yang kosong begitu sahaja. Bagaimana ini boleh terjadi? Bukan kah latih tubi itu dapat meningkatkan keupayaan murid-murid?

Walaubagaimana pun, saya tidak menyalahkan 100% kepada pihak guru/sekolah (walaupun mungkin ada segelintir yang di katakan pemalas/lembap). Ibubapa/penjaga juga perlu memainkan peranan. Jangan lah semua perkara di bebankan kepada pihak sekolah dan kita sebagai ibubapa/penjaga janganlah bersikap hanya pandai menuding jari menyalahkan orang lain. Sememangnya amat senang untuk menyalahkan orang lain. Diri kita sendiri sebagai ibubapa/penjaga juga perlu bertanggungjawab di atas kejayaan/kegagalan anak-anak kita. Guru dan sekolah hanya sebagai medium untuk anak-anak kita belajar. Pihak sekolah/guru pula janganlah cepat melenting jika teguran di berikan. Mana yang yang betul, kita perbaiki, mana yang tidak betul, anggap lah ianya sebagai peringatan.

Sama-sama lah kita bekerjasama antara ibubapa/penjaga dan pihak sekolah/guru untuk menjayakan anak-anak kita semua. Insyaallah.

7. MamaBen10 - Jun 29, 2009

salam, saya ibu kepada 2 orang pelajar di skdp. rasanya tidak adil kita menyalahkan guru kalau anak kita tidak berjaya dgn cemerlang di skdp ini, jangan letakkan 100% harapan pd guru utk jadikan anak2 kita cemerlang. mereka bukankah anak kita apa salahnya kita sama-sama berusaha. ajak anak-anak ke kedai buku, banyak buku latihan yang murah2 dan belikan utk mereka, dan sama-sama kita belajar dgn anak2. tentu anda akan seronok dapat meluangkan masa yang berkualiti dan yang penting dirumah, kita adalah guru yang terbaik buat mereka. tidak perlu tuisyen kalau kita rajin mengajar anak2 kita sendiri. hanya kita yang tahu dimana kelemahan anak2 kita. terima kasih atas usaha guru di skdp ini kerana sebenarnya saya nampak mereka adalah guru2 yang prihatin.

8. myvi standard je.. - Ogos 14, 2009

salam..sya amat tidak bersetuju dengan iz dan ibu prihatin..anda komen seolah-olah anda tidak pernah berada di alam persekolahan.jgn kita hanya menyalahkan guru semata-mata.tgk dlu ank2 kite.adakah apa yang dickapkan oleh mereka semuanya betul?murid2 sekolah sekarang bukan macam murid zaman dulu.kalau dulu ank murid dgr nama cikgu pun dh rsa tkut.zaman skg cikgu sdri pun disepaknya.murid zmn skgni kehidupan mereka berbeza.disekolah mereka akan menjdi org lain manakala dirmh pula akn menjd seorang anak y sgt soleh.pendidikan awal kanak-kanak bermula di rumh.kalau drumh mereka ank y soleh maka dmna2 pun mereka berada akan kekal soleh.sebelum anda menuduh tanpa usul periksa,cuba fahami dulu bagaimana perangai anak-anak kita dan cuba cari jalan penyelesaiannya.libatkan diri dengan pibg.gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat anda.
“cikgu masuk kelas dan letak kaki atas meja + tidur ..”????diharapkan iz fikirla kenyataan iz ni,adakah ianya betul @ hanya utk menyedapkan cerita saja.