jump to navigation

KO-KURIKULUM

PERFORM ‘09 KEMBALI…..

Makluman kepada semua warga SKDP, pada tahun ini pihak sekolah akan mengadakan PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PERFORM ‘09) pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 30, 31 oktober dan 1 september 2009. Perkhemahan ini akan diadakan di SKDP, SMK Desa Perdana (aktiviti), dan juga di luar KL (jungle tracking). Murid-murid yang terlibat telah pun memberikan nama dan yuran sebanyak RM25. Seramai 70 orang murid dan 27 orang guru terlibat dan PERFORM ‘09 ini. Maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Norlizam, En Ishak dan En. Muhammad.

DSC01179DSC01181DSC01180

SUKAN SKDP 2009

PADA TAHUN INI SUKAN SEKOLAH KITA AKAN MENGALAMI BEBERAPA PERUBAHAN DISEBABKAN MASALAH-MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. MAKLUMAT SUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TEMPAT : PADANG SMK TAMAN DESA

MASA      : 8.00 PAGI

TARIKH : 26 APRIL 2009

HARI       : AHAD

Jadi diminta ibubapa dan murid-murid dapat memberi perhatian terhadap perubahan ini.

KAWAD KAKI

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN AKAN DIADAKAN DI UPM PADA 22 APRIL 2009. KEPADA MURID-MURID YANG TERLIBAT, KAMI PIHAK SEKOLAH MENGHARAPKAN LAKUKAN SEBAIK MUNGKIN DENI SEKOLAH YANG TERCINTA. JIKA IBUBAPA/PENJAGA INGIN MAKLUMAT LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH ATAU EN NORLIZAM ( JURULATIH KAWAD ) 012-2860763.

BOLA TAMPAR MSSMKL ZON BANGSAR

SKDP TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSMKL KALI INI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU YANG MELATIH IAITU EN. ZURAIDI DAN PN. SIA, JUGA TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG TERLIBAT. KAMI MENGHARAPKAN PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG LEBIH CEMERLANG LAGI.

KEJOHANAN BOLA BALING MSSMKL

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT MSSMKL AKAN DIADAKAN PADA 24HB HINGGA 26HB MAC 2009 YANG AKAN BERLANGSUNG DI PUSAT KECEMERLANGAN COCHRANE. SKDP AKAN MENGHANTAR WAKIL BAGI PASUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN. DIHARAP SEMUA PIHAK MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH…. HIDUP SKDP…

OLAHRAGA MSSM

OLAHRAGA MSSMKL AKAN DIADAKAN PADA 16 HINGGA 19 FEBRUARI BERTEMPAT DI STADIUM BUKIT JALIL. DIHARAP SEMUA PESERTA OLAHRAGA SKDP AKAN DAPAT MEMBERI SAINGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH LAIN, DAN TERUS MENAIKKAN NAMA SEKOLAH YANG TERCINTA INI DI PERSADA SUKAN TANAH AIR.

KEPADA SEMUA PESERTA, KAMI GURU-GURU BERHARAP ANDA SEMUA AKAN BERJAYA DAN JANGAN LUPA JAGA DISPLIN MASING-MASING… HIDUP SKDP…..

BOLA JARING MSSMKL

PADA 10 HINGGA 13 FEBRUARI 2009, PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT ZON TELAH DI ADAKAN DI PUSAT KECEMERLANGAN COCHRANE. SKDP TELAH DIBERI KEPERCAYAAN DALAM MENJADI PENGELOLA ZON BANGSAR.

SKDP JUGA TELAH MENGHANTAR PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT….WALAUPUN TEWAS DI TANGAN SK SERI SURIA DAN SK BUKIT BANDARAYA, NAMUN SEMANGAT JUANG DAN KESUNGGUHAN PESERTA SKDP AMAT DIALU-ALUKAN. MUNGKIN INI KALI PERTAMA SKDP MENGHANTAR PENYERTAAN, JADI PENGALAMAN YANG DIKUTIP PADA TAHUN INI MUNGKIN MENJADI PENAWAR PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG….SEMANGAT SKDP….

PRESTASI KEGIATAN KO-KURIKULUM SKDP

Seperti sekolah-sekolah lain gerakerja ko-kurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah dan perlu disertai oleh murid-murid Tahap 2 . Objektif gerakerja ini bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti menyediakan sifat-sifat kepimpinan , kerjasama dan sedia berkhidmat . Ia dilaksanakan berasaskan kepada perseimbangan mental, sosial, jasmani dan rohani, menengahkan bakat dan minat murid serta melahirkan anggota masyarakat yang berguna.

Perancangan gerakerja ko-kurikulum terbahagi kepada 3 bidang iaitu Sukan/permainan, Persatuan/Kelab dan Unit Beruniform. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang ialah:

  • menyusun rancangan latihan
  • meningkatkan prestasi kemahiran asas
  • menyusun dan mengatur aktiviti yang menarik
  • mengadakan pertandingan
  • mengadakan lawatan
  • menyusun aktiviti bagi meluaskan daya kreativiti murid

Antara jenis-jenis permainan yang diadakan di SK Danau Perdana ialah olahraga, bola baling, bola jaring, bola tampar, manakala untuk Kelab/Persatuan ialah Kelab Bahasa, Kelab Seni dan Kebudayaan dan aktiviti pengakap serta PBSM ialah untuk Unit Beruniform. Aktiviti ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Komentar»

1. Ckg reen - April 8, 2009

salam,
Tahniah kepada team bola tampar lelaki kerana berjaya ke peringkat separuh akhir. Team perempuan cuba lagi di tahun hadapan.

2. danauperdana - April 23, 2009

Diharap semua guru dan ibubapa memberikan sokongan dalam menaikkan nama sekolah dalam apa sahaja acara sukan yang dipertandingkan…

3. ckg reen - April 28, 2009

Tahniah kepada team kawad kaki SKDP,ketua platon Afiq Izzudin,kerana berjaya menjadi naib johan zon Bangsar. Cuba lagi di tahun-tahun mendatang.Tahniah juga kepada semua guru pembimbing,En Norlizam,En Mohd dan En Zul.

4. mama09 - April 28, 2009

Tahniah kepada semua guru kerana menjayakan Sukan Tahunan kali ke-8 dengan jayanya.Job well done!

5. iz - Jun 2, 2009

Perbanyakkan lagi aktiviti ko-kurikulum sekolah bagi memenuhi masa lapang pelajar.

TAHNIAH …!!! Pasukan Kawad Kaki Sekolah 2009.

6. syafiqah - Julai 3, 2009

Assalammualaikum…
saye Norsyafiqah Binti Mohd Rasidi
bekas pelajar SKDP…sejak darjah 1 lagi…tp saye berpindah ke SK Bukit Jalil sewaktu awal darjah 5…guru kelas saye pada mase itu Cikgu Norlizam
saye sekelas dgn Nur Syakila(kwn baik)
saye ingat lg cikgu-cikgu yg pernah mengajar saye iaitu:
Cikgu Amran
Cikgu Ishak
Cikgu Sazareena
Cikgu Norlizam
Cikgu Zuraidi
dan ramai lagi…

7. danauperdana - Julai 11, 2009

Bagus la kalau kita selalu teringatkan guru-guru dan kawan-kawan kita.. Ingati guru dalam doamu….