PERFORM’ 09… Oktober 28, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Perkhemahan Unit Beruniform 2009 atau nama mesranya PERFORM ‘09 kembali lagi. PERFORM kali ini akan dijalankan pada hari Jumaat bersamaan dengan 30hb Oktober 2009 hingga 1 September 2009. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada tahun 4,5 dan 6. PERFORM’09 kali ini ada sedikit perubahan berbanding tahun lepas. Kali ini kita ada program diluar yang akan dijalankan pada hari sabtu. Bermula pagi sabtu bertolak ke Hulu Langat dan pulang pada petang hari tersebut. Kami masih mengekalkan bermalam di sekolah lagi atas faktor-faktor keselamatan. Sseramai 70 orang murid dan 25 orang guru telah bersiap sedia untuk menjayakan program ini. Diharap PERFORM kali ini lebih berjaya dari tahun sudah. Semoga Allah swt memelihara kita dari perkara-perkara yang tidak diingini. Insyallah.
PKSR 2 Oktober 21, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Makluman kepada semua warga SKDP, PKSR 2 akan bermula sepenuhnya pada 26 hb 2009 bersamaan hari Isnin minggu hadapan. Walaupun ada beberapa subjek seperti Bahasa Arab dan Pendidikan Seni Visual telah berlangsung pada Khamis 15hb 2009 minggu lepas. Surat edaran jadual waktu peperiksaan telah pun di edarkan kepada semua murid-murid. Diharap semua warga SKDP dapat memberikan tumpuan sepenuh untuk menghadapi peperiksaan akhir ini. Kami warga guru sentiasa mendoakan seluruh warga SKDP mendapat keputusan yang cemerlang.
SELAMAT HARI RAYA September 16, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment

Assalamualaikum, saya wakil guru-guru SKDP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga ibubapa dan murid-murid SKDP. Kami berharap di hari yang mulia ini dapatlah kita sama-sama menghayati pengertian hari raya yang sebenar. Iaitu kembali kepada fitrah kita yang suci daripada segala kelalaian dan dosa. Kepada murid-murid yang disayangi, isilah masa cuti raya ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kepada ibubapa yang lain, kami memohon maaf jika kami guru-guru ada membuat salah silap kepada warga ibubapa. Semoga Allah swt perkenankan..Amin…..
# Sila pergi ke Berita untuk cuti sempena Hari Raya.
Ramadhan Kembali…Apa Yang Kita Cari… Ogos 18, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Assalamualaikum cikgu-cikgu dan murid-murid SKDP… Ramadhan kembali lagi…seperti tahun-tahun sudah, tapi apa yang kita cari dalam bulan yang mulia ini? Cari duit lebih ? Apa salahnya jika ikut syariat… Cari hidangan yang sedap untuk berbuka ? Itu pun tak salah kalau tidak berlebihan… Cari pahala banyak-banyak dengan solat-solat sunat ? Lagi bagus… tapi itu 20 tahun dahulu pun kita sudah tahu… Jadi, apa yang kita cari selama kita menempuh bulan yang mulia ini sepanjang hidup kita… Kita hanya cari apa yang ditawarkan sahaja, ganjarannya sahaja dengan kita lupa mencari Allah Yang Maha Esa… Fikirkan lah… ( Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak )
HARI KANTIN 2009 Julai 2, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Hari Kantin SKDP 2009 akan diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu. Pihak sekolah ingin menjemput seluruh warga skdp dan sekitarnya termasuk seluruh warga taman desa untuk ke program kami ini. Pada hari tersebut pelbagai aktiviti akan berlangsung diantaranya jualan barang terpakai seperti baju, seluar dll. Juga terdapat persembahan pakaian tercantik, permainan, pertandingan karaoke dan paling best silap mata dan rumah hantu.
Urus niaga adalah dengan kupon yang boleh didapati daripada semua guru skdp. Ini telah dimaklumkan kepada semua murid sekolah. Gerai jualan makanan turut ada pada hari tersebut ( Cikgu-cikgu masak tau) antaranya gerai minuman, makanan dll. Pihak sekolah juga buka gerai jualan kepada orang luar dengan urus niaga tunai, seperti HPA marketing ( cth yg dah comfrm ). Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai jualan sila menghubungi pihak sekolah atau cikgu muhd (012-2680140). Harap maklum.
SELAMAT HARI GURU….. Mei 19, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di SKDP…..
- hari guru 2009
- hari guru2 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKDP Mei 14, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Sambutan Hari Guru akan diadakan pada Isnin 18 Mei 2009. Majlis akan diadakan pada waktu pehimpunan sekolah. Aturcara majlis adalah seperti beri
- Bacaan doa
- Bacaan ikrar
- Nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri dan Sekolah
- Perutusan Menteri Pelajaran
- Perutusan Ketua Pengarah KPM
- Perutusan Pengarah JPWPKL
- Ucapan Ketua MUrid
- Ucapan Guru Besar SKDP & Perasmian
- Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2009 & Guru Malaysia
- Bersurai
# Aktiviti Hari Guru akan diadakan pada hari Jumaat 22 Mei 2009.
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKDP 2009 April 23, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-8 AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI. PADA TAHUN INI SUKAN TAHUNAN SKDP AKAN BERALIH TEMPAT KE SMK TAMAN DESA ATAS SEBAB-SEBAB TEKNIKAL. MAKLUMAT SUKAN TAHUANAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
TEMPAT : PADANG SMK TAMAN DESA
MASA : 7.45PAGI HINGGA 1.00 THGR
TARIKH : 26 APRIL 2009
HARI : AHAD
Surat siaran telah dikeluarkan dan semua ibubapa boleh merujuk maklumat sukan pada surat siaran yang telah diberikan kepada anak masing-masing.
SUKANEKA TAHUN 1 & 2.
Sukaneka tahun 1 & 2 telah diadakan pada Isnin 20 April yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan bebannyak terima kasih kepada semua murid tahun 1 & 2 yang terlibat. Tidak ketinggalan kepada ibubapa yang hadir pada hari tersebut.
TAHNIAH SKDP… April 23, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.add a comment
Tahniah kepada skuad kawad kaki SKDP yang telah merangkul tempat kedua pada acara kawad kaki peringkat zon bangsar yang telah diadakan di UPM pada 22 April 2009. Tahniah jga kepada jurulatih kawad kaki iaitu Cikgu Norlizam dan Cikgu Zul Izuddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada skuad SKDP. Kami guru-guru berasa bangga atas pencapaian ini… Semoga SKDP terus cemerlang di masa akan datang.
MESYUARAT AGUNG PIBG SKDP 2009 Mac 6, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.1 comment so far
Assalamualaikum kepada semua warga SKDP,
Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti maklumat berikut :
Tarikh : 7 hb Mac 2009 ( Sabtu )
Pendaftaran : 8:45 pagi
Acara mula : 9.oo pagi
Tempat : Dewan SKDP
Semua ibubapa diharapkan hadir demi memperkasakan SK Danau Perdana dan memastikan idea-idea yang bernas dapat disalurkan kepada pihak sekolah.




