Satu majlis perjumpaan dengan ibubapa tahun 6 akan diadakan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan program-program sepanjang tahun 2010 ini. Perjumpaan ini juga akan dapat menjelaskan usaha pihak sekolah dalam memberi tumpuan kepada murid-murid tahun 6 yang akan memduduki UPSR pada tahun ini. Berikut adalah maklumat program :
Tarikh : 29 Januari 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 hingga 5.30 ptg
Tempat : Dewan SKDP
Diharap semua ibubapa murid-murid tahun 6 dapat menghadirkan diri demi kecemerlangan anak-anak kita.


