HARI KANTIN 2009 Julai 2, 2009
Posted by danauperdana in Uncategorized.trackback
Hari Kantin SKDP 2009 akan diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu. Pihak sekolah ingin menjemput seluruh warga skdp dan sekitarnya termasuk seluruh warga taman desa untuk ke program kami ini. Pada hari tersebut pelbagai aktiviti akan berlangsung diantaranya jualan barang terpakai seperti baju, seluar dll. Juga terdapat persembahan pakaian tercantik, permainan, pertandingan karaoke dan paling best silap mata dan rumah hantu.
Urus niaga adalah dengan kupon yang boleh didapati daripada semua guru skdp. Ini telah dimaklumkan kepada semua murid sekolah. Gerai jualan makanan turut ada pada hari tersebut ( Cikgu-cikgu masak tau) antaranya gerai minuman, makanan dll. Pihak sekolah juga buka gerai jualan kepada orang luar dengan urus niaga tunai, seperti HPA marketing ( cth yg dah comfrm ). Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai jualan sila menghubungi pihak sekolah atau cikgu muhd (012-2680140). Harap maklum.



Komentar»
No comments yet — be the first.