Migrasi laman sesawang SKDP ke era baru…

Salam 1 Malaysia para pengunjung dan pelayar yang dihormati…

Selari dengan pembangunan sekolah baru yang kian rancak, kami di sidang redaksi pengendali blog ini turut bersiapsiaga dengan mewujudkan laman sesawang yang lebih terkini.

Sila kunjungi laman terbaru kami di http://www.danauperdanaschool.webs.com .

Sekian, wassalam…

Temasya Sukan Tahunan 2010

Kepada semua ibubapa / penjaga SKDP, kami pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2010 seperti berikut :

Tarikh      : 27 Mac 2010

Hari           : Sabtu

Tempat   : Padang SMK Desa Perdana, Taman Desa

Masa        : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Semua ibubapa / penjaga dijemput hadir bagi memberikan sokongan kepada anak-anak kita yang mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut. Sekian.

Dikirim dalam Uncategorized. 2 Komen »

Program Motivasi Tahap 2

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Program Motivasi Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Program yang bertujuan memberi motivasi dan semangat belajar kepada murid-murid tahap 2 dalam menghadapai pelbagai masalah pembelajaran. Berikut adalah maklumat program tersebut:

Tarikh                : 11 Februari 2010

Hari                     : Khamis

Tempat               : Dewan SKDP

Semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 terlibat.

Dikirim dalam Uncategorized. 2 Komen »

Majlis Perjumpaan IbuBapa Tahun 6

Satu majlis perjumpaan dengan ibubapa tahun 6 akan diadakan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan program-program sepanjang tahun 2010 ini. Perjumpaan ini juga akan dapat menjelaskan usaha pihak sekolah dalam memberi tumpuan kepada murid-murid tahun 6 yang akan memduduki UPSR pada tahun ini. Berikut adalah maklumat program :

Tarikh : 29 Januari 2010

Hari     : Jumaat

Masa    : 2.30 hingga 5.30 ptg

Tempat : Dewan SKDP

Diharap semua ibubapa murid-murid tahun 6 dapat menghadirkan diri demi kecemerlangan anak-anak kita.

Bayaran Yuran Persekolahan 2010

Merujuk surat kebenaran daripada JPWPKL [JPWPKL 12-30/SK/2010(105)] bertarikh 06.01.2010, berikut adalah senarai bayaran tambahan yang perlu dijelaskan bagi sesi 2010 ini. Surat ini telah diedarkan oleh pihak sekolah kepada semua warga skdp. Diharap pihak ibubapa/penjaga dapat makluman ini.

Jadual 1 : Bayaran Tambahan Persekolahan

Jenis Bayaran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn6
Kokurikulum 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00
Kertas Ujian Dalaman 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
Sukan Tahunan 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
Kegiatan Islam/moral 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
MSSM 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00
Takaful 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50
Jumlah RM24.50 RM24.50 RM24.50 RM24.50 RM24.50 RM24.50

Jadual 2 : Sumbangan PIBG

Jenis Bayaran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6
Sumbangan PIBG (1 keluarga) 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
Perpustakaan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Aktiviti thn 6 100.00
Jumlah RM35.00 RM35.00 RM35.00 RM35.00 RM35.00 RM135.00

*Sumbangan PIBG dibayar oleh abang/kakak yang berada di kelas lebih tinggi.

Jadual 3 : Lain-lain (Berdasarkan keperluan)

Jenis Bayaran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6
Buku Peraturan** 3.00
Fail Peribadi** 2.50
Buku Nilam 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50
Baju T-Sukan 10.00 10.00 10,00 10.00 10.00 10.00
Seluar Sukan 14.00 14.00 14.00 14.00 14.00 14.00
Buku Adab Belajar** 3.50 3.50
Buku Laporan PAFA 2.50 2.50 2.50 2.50 2.50 2.50
Buku Laporan PLBS(BM)** 2.50 2.50
Buku Laporan SBOA(BI)** 2.50 2.50
Kad Pinjaman Buku PSS 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50
Tanda Nama (4Keping) 5.00

* Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas.

**Murid baru (Tahun 1 – Tahun 6)

Sekolah Ganti

Dimaklumkan kepada semua ibubapa/penjaga warga skdp, bahawa pihak sekolah telah mengedarkan surat siaran kepada semua warga skdp untuk Hari Persekolahan Berganti Hari Sabtu sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Berikut adalah jadual tarikh cuti yang dinyatakan dalam surat tersebut :

Tarikh Perkara Tarikh Ganti Jadual Masa
01 Februari 2010 Cuti Hari Wilayah - - -

15 Februari 2010

Tahun Baru Cina - - -
16 Februari 2010 Tahun baru Cina - - -
17 Februari 2010 Cuti Peristiwa - - -
18 Februari 2010 Cuti Berganti 23 Januari 2010 Khamis 1.00 – 5.45
19 Februari 2010 Cuti Berganti 06 Februari 2010 Jumaat 12.10 – 4.30
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.